Wednesday, March 1, 2017

Seriously MAKAN DALAM bila tengok!

Assalamualaikum semua!

Harini eina nak share satu benda yang eina rasa bengang sangat.. Siapa cakap Banting tak ada tempat menarik? Eina nak share satu tempat menarik yang korang kena pergi bila sampai kat Banting, Selangor. 



MAP: KLIK SINI

Pernah tengok lambang ni kat Facebook or mana2?? Cafe ni lah yang eina maksudkan dengan Makan Dalam tuu..


Eina bengang sangat dengan MAKAN DALAM CAFE ni sebab makanan dia semua buat eina rasa nak repeat makan lagi.. Dah la tak sure nak pilih yang mana satu sebab ada macam2 pilihan.. Seriously sangat best bila makan malam2 sambil tengok screen besar.. Hidangkan dengan movie2 terbaru yang best2.. Ala2 tengok wayang sambil makan western lagi.. Heee...



Sebenarnya memang dah VIRAL pon kat laman social.. Kalau korang tengok kat PAGE MAKAN DALAM CAFE pon dah 4.3star dah.. Banyak juga yang review best2 kat sini.. 


Punya lah teringin..eina dan team #EAOFFICIALCREW pon mulakan lah acara menerjah.. Kalau korang tengok sendiri kawasan cafe ni, korang akan terkejut macam mana boleh ada Cafe Hipster kat kawasan yang agak pedalaman. Macam termasuk di alam lain pulak bila sampai di MAKAN DALAM CAFE ni..

Teringat rasa burger ni... Nyummm!! Lagi sedap dari McD! Nyummm!!

Lamb Chop!! Tengok sendiri la portion nya yang sangat mengaumm!!


Sup kambing yang sedap dan tak maung.. Susah nak dapat yang sedap dan seriously kat Makan Dalam ni sedappp!! Cicah dengan roti lagi...

Bila nasi lemak bergabung dengan western.. Nyummmm!!!



Kalau makan western, memang tak sah kalau tak ada mushroom soup dan garlic bread kan?? Pekat dan creamy..
Siapa yang suka makan Meatball kat IKEA, boleh la bandingkan dengan makan kat sini ye...
Bahaya..sekali makan, nak tambah lagii.. Heee...

Lamb Chop.. Nyummmm!!! Makan sekali nak lagiii!!!

Chicken Chop.. Sosnya yang unik.. Gabungan smoke sause with blackpepper kot..

Dessert biji sagu... Fuyooo!! Susahnya nak jumpa ni...

Chicken Grilled.. OMG! Rindunyaa nak makan lagii..



Nasi lemak Steak! Recommended!!

Antara specialty makan kat sini, ada air ni... Patut cuba!! HAUS BOOM
Keriangan kitorang sambil tunggu makan sampai... Hee...
Bahagian outdoor MAKAN DALAM CAFE ni... Ramainya orang kan?? Nyumm..
RECOMMENDED by #EAOFFICIALCREW
Pisang Cheese yang macam-macam perasa.. Fuhh... Melimpah-limpah cheesenya.. Siap boleh pilih nak tambah topping apa lagi..


Eina & husband support Makan Dalam Cafe

Habis semuanya tanpa pembaziran pon!! Memang awesome!! 



So, macam mana?? Craving tak?? Jangan lupa ye, kalau pergi Banting, cari Cafe Hipster ni.. Seriously, takkan menyesal..

Untuk tempahan atau apa, boleh call nombor di atas ye.. Alamat pon ada..

Eina rasa bangga sangat bila dapat tahu yang owner cafe ni lebih kurang baya eina je.. Muda lagi..! Tapi dah ada Cafe yang hipster dan sedap macam ni.. No wonder lah jadi VIRAL dekat Malaysia.. Alhamdulillah...

Harga?? Jangan risau.. Harga memang tak ada yang mengarut-ngarut.. Semuanya reasonable.. 

Untuk maklumat lanjut, boleh lah search bawah ni ye..

INSTAGRAM: KLIK SINI
FACEBOOK: KLIK SINI
PETA: KLIK SINI

Yeayyhhh!!! 
#einaangelnetwork
#makandalamcafe
#foodhunter
#banting
#eaofficialcrew
#makan
#malaysianfood


Saturday, September 3, 2016

Pengalaman naik Helicopter KL SKY TOUR Titiwangsa!

Assalamualaikum semua!!

Hari ni eina nak share pengalaman eina naik Helicopter buat kali pertama dalam hidup eina sepanjang 23 tahun ni.. Harap bukan yang terakhir ye.. Haha.. KL Sky Tour ni diasaskan oleh Cempaka Helicopter Corporation Sdn Bhd untuk memberi peluang orang ramai untuk merasai pengalaman menaiki helicopter. Di samping itu juga, ia dapat menarik minat pelancong luar untuk datang ke Malaysia dan menikmati keindahan suasana di Malaysia ni.. 


Pada 25th August, telah berlangsungnya majlis yang gilang gemilang di Titiwangsa dan turun dihadiri oleh ramai rakan media dan VIP. Einaangel Network turun dijemput sebagai wakil Media.. Terima kasih TOURISM MALAYSIA! 


Pada mulanya memang rasa takut sangat nak naik helicopter sebab dengar macam2 kes kan.. Meletop lah bagai.. Tapi tawakal jela masa naik tu.. Yela.. Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan?? Rasa jadi puan seri pulak bila naik helicopter ni.. Hahaha...

Nak tengok VIDEO FB LIVE UPDATE haritu? 
1) CLICK HERE (VIDEO 1) 
2) CLICK HERE (VIDEO 2)

Eina bawak readers kesayangan eina ni atas helicopter.. Hehehe..

Ni antara 4 pakej yang ditawarkan dan sangat berpuas hati.. Kalau nak naik private helicopter mahal woo...! So, naik KL SKY TOUR jela.. Hehehe..

📣📣 4 pakej menarik yang ditawarkan adalah:
✅ The KL Explorer
✅ The City Explorer
✅ The Jungle Escape
✅ The Mountain View



HARGA KL SKY TOUR (PACKAGE)



Pelancaran KL Sky Tours,City Helipad 🚁🚁🚁di Taman Tasik Titiwangsa telah di sempurnakan pada 25.8.2016 oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas,YBhg. Dato' James dan juga YBhg. Dato Zakaria. Ini adalah kerjasama diantara Cempaka Helicopters & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).



Sesiapa yang sukakan aktiviti2 yang menenangkan jiwa dan suka menghayati alam ni, boleh la cuba ye.. Seriously best!

Nak rasa pengalaman landing dalam Helicopter, jom layan video ni!


Kepada yang berminat, boleh la rujuk maklumat di bawah ye...
📞 019- 258 6818
💻 www.klskytour.com
📧 info@klskytour.com
📷 instagram.com/klskytour
MAP: PETA

Done update! Hope bermanfaat untuk semua ye! Kepada yang sukakan advanture? Jom BERSKYTOUR! Yeayyhhh!!!! Eina dah naik Helicopter, korang naik la pulak! Hee.. Best!

#KLSKYTOUR
#Malaysia
#Titiwangsa
#Helicopter
#Pengalaman
#EinaangelNetwork
#EAOfficialCrew

Thursday, July 21, 2016

11 Tips memujuk lelaki merajuk..

Assalamualaikum uallz!

Hari ni eina nak share tips untuk pujuk lelaki yang OVER SENSITIVE atau MERAJUK ni.. Lelaki yang merajuk ni RARE sikit sebab selalunya diorang ni tak nak kalah dengan EGOnya kan??

Google Image
Google Image

1) MASAKKAN MAKANAN KEGEMARANNYA
Lelaki ni pantang kalau dapat makanan depannya.. Selalunya diorang akan kalah dengan makanan. Masak lah sedap2! Bagi dia rasa nikmatnya kesedapan masakan yang kita masak.. Tambah-tambah lagi makanan favourite kan?

2) BUAT MACAM BIASA DAN PURA2 TAK TAHU
Buat je macam biasa.. Lama2 dia mesti lupa yang dia tengah merajuk.. Hehe..

Google Image
3) BERIKAN RUANG DAN MASA
Kalau dia tengah marah tu, biar je dulu.. Lama2 mesti dia COOL DOWN.. Lepas tu, OKAY dah!

4) GUNAKAN SOCIAL MEDIA
Walaupun ada yang kata nampak macam budak2 je post kat laman sosial.. Tapi cara ni berkesan jugak untuk memujuk.. Jangan la letak caption geli2.. Buat je caption yang nampak kita menghargai kehadiran dia dalam hidup kita.. Kan? 

Google Image

5) BAGI SURAT CINTA
Hahaha.. Rare kan? Mana ada dah orang pakai surat cinta kan?? Kalau dia tak nak baca whatsapp tu, post je surat untuk dia.. Nak taknak mesti dia bukak dan baca juga nanti. Yela, dah nama pun surat, mesti dia ingat surat apa tah tiba2 tak sengaja terbukak kan? Hehe.. Kan sweet tuu...

6) BERIKAN CIUMAN DAN PELUKAN
Untuk yang dah kahwin je okay! Hehehe.. Lelaki ni lemah bab ni..

Google Image
7) MENGALAH DAN MINTA MAAF
Cara ni paling senang tapi cara ni paling susah nak buat kan?? Hehehe.. Kalau betul kita salah, tak salah pun kita minta maaf kan? Kalau dia yang salah, LANTAK KAU LAH NAK MERAJUK! Hahaha..

8) BERIKAN KATA2 MANIS DAN BERGURAU
Kadang2 bergurau dengan ayat2 lembut akan membuatkan dia cepat COOL DOWN. Bila dia dah start ketawa dan senyum tu, umphh..maknanya dah tak merajuk la tuhh.. Hehehe..

9) BERBINCANG DARI HATI KE HATI
Slow talk bak kata OMPUTEH. Hehe.. Bincang apa yang tak puas hati. Perbetulkan keadaan supaya tak makin teruk keadaannya. "JANGAN MARAH! KITA BINCANGG".. Hehe..

Google Image

10) MENANGIS
Google Image
Hahahaha.. Lelaki sejati takkan biarkan perempuan yang dia sayang menangis.. Mesti dia kalah! Hilanglah merajuknya tu..

11) MERAJUK SEKALI
Kalau lelaki merajuk, cara paling best adalah MERAJUK BALIK. Dah puas pujuk tak jalan jugak, cuba merajuk balik, mesti dia yang datang kat kita then pujuk kita balik.. Lepas tu dia akan automatik lupa yang siapa sepatutnya merajuk!! Yeayyhh! Kuasa Wanita! Hahaha...

Google Image

Done! Selamat mencuba! Kepada yang tengah memujuk tu, selamat berusaha ye! Chayyookk!

#LifeStyle
#EAOfficialCrew
#EinaTips
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia

Monday, July 18, 2016

Zack Kapcai ni dah kenapa?

Assalamualaikum uallz!

Pada 15hb July 2016, telah berlangsungnya Event Movie Day Out Zack Kapcai di eCurve Damansara. Pendaftaran bermula pada pukul 7.30 malam di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ. Antara artis yang turun hadir ialah Serina  Redzuwan, Epy Kodiang & Julia Marin (artis baru MIG). Terima kasih kepada Bro Framestone yang telah menjemput Einaangel Network untuk bersama-sama. 


Harini eina nak share dengan semua yang pembaca blog eina ni tentang sesuatu yang eina rasa best untuk dikongsi. Ada tak tengok trailer filem terbaru MIG Pictures? Zack Kapcai..


Mesti ramai tertanya2 dah kenapa dengan Zack Kapcai? Kapcai pun nak kecoh ke kan?? Hahaha... Mula-mula eina pun terfikir macam tu jugak.. Tapi bila eina tengok sendiri movie ni, memang releasekan tensyen eina.. Asyik gelak je.. Walaupun tak ada motif sangat kan story dia.. Tapi sesuai la untuk kita yang penat bekerja dan perlukan hiburan untuk happy.


Zack Kapcai ni filem ke 113 terbitan MIG Pictures. Siapa tak kenal kan? Filem ni bergenre komedi aksi arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib. 


Filem ni mengisahkan tentang ZACK (Fad Bocey) yang suka berlumba motor. Tapi minatnya itu ditentang oleh ibunya, MINAH (Serina Redzuan). Semua ni sebab suami Minah iaitu ayah kandung ZACK juga merupakan Raja Kapcai suatu masa dahulu. Kerana gelaran RAJA KAPCAI itulah, rumahtangga Minah dan Rudy berkecai.


Selepas memenangi Qistina, motosikal kesayangan ROY (Shuk SYJ), Zack dan Roy yang dahulunya kawan baik, langsung menjadi musuh. Sementara itu, Minah sudah tak tahan lagi dengan aktiviti berlumba Zack. Dia memarahi Zack dengan sangat teruk sehingga Zack insaf dan berjanji takkan merempit dan berlumba lagi. Namun semuanya berubah bila Zack terjumpa poster lama RUDY (Rahim Sepahtu) dan Minah dengan kapsyen "RAJA KAPCAI AKHIRI ZAMAN BUJANG". Zack jadi teruja bila mengetahui bahawa bapanya sendiri adalah Raja Kapcai. ZACK nekad untuk menjejaki ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah.



Dalam masa yang sama, Roy yang sudah gila bayang merindui Qistina dan terus mencuri motosikal dari Zack. Zack berasa kecewa bagaimana hendak mencari ayah dan adiknya tanpa kenderaan. Semasa inilah, Minah mengeluarkan motosikal lagenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkan. Zack semakin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya.


Di pertengahan jalan, Zack bertembung dengan Roy yang juga ingin ke Kuala Lumpur. Mereka mengenang kembali persahabatan lama mereka lalu berbaik semula. Rudy dan Tasya (Julia Marin) pula menjalankan hidup yang sederhana di bandar. Tasya berkawan dengan Wan (Shahfiez Rempit) and the Gang, samseng besar di kawasan mereka. Apabila Wan membelasah Rudy pada satu malam, Tasya mengamuk dan marahkan Wan. Wan yang sakit hati terus bertindak ingin memperkosa Tasha. Tasha berusaha melarikan diri dan bersembunyi di rumah sewa Roy dan Zack. Perkenalan yang terjadi tanpa diduga itu membuahkan rasa cinta di hati Roy. Esoknya, Roy menghantar Tasya balik dan Zack meneruskan misinya mencari Rudy dan Tasya.


Apa kesudahannya? Jom tengok Zack Kapcai di pawagam berhampiran! Gerak Lu Paper Roger! Jom terjah kalau nak tahu best ke tak best okay! Heee...


Di bawah ni sekitar Event Movie Day Out Zack Kapcai berlangsung...





#ZackKapcai 
#MIGFilem 
@MIGOnline 
@Davidteo99 
#HyeBRO 
#BlogRetis 
@BlogRetis
#einaangelnetwork
#EaOfficialCrew
#EAReview

Wednesday, June 29, 2016

Sesuka hati sebar benda yang tak pasti? Tabayyun ke?

Assalamualaikum uallz! 

Hari ni eina nak share benda yang eina rasa kita patut STOP dari sekarang. Seperti yang kita tahu, semua orang ada SMARTPHONE. Semua INFO kita boleh dapat hanya di hujung jari. Tapi tahukah kita sejauh mana kebenaran INFO yang kita dapat dan share tu? Fuh…! Dulu pun eina suka share benda-benda macam ni. Even ARTIS meninggal pun boleh acah2 je kan? Tak baik nya.. Macam mana sekiranya kita tershare benda ni semua dan orang lain pun share benda yang kita share tu dekat kawan-kawan dia?? Tersebar fitnah macam tu je kan?? Takotnya..

TABAYYUN bermaksud mencari penjelasan tentang sesuatu hingga jelas keadaannya. Tabayyun merupakan ajaran islam yang menyuruh kita menyelidik dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Indahnya ajaran islam kan?? Semua tu dah ada dalam Al Quran sendiri.
Antara keburukan yang akan timbul apabila kita tidak mengamalkan TABAYYUN.

1) MENUDUH ORANG YANG TAK BERSALAH.
Kadang-kadang kita sendiri susah nak pastikan orang ni betul-betul salah ataupun difitnah tapi Tuhan tu Maha Mengetahui. Kebenaran takkan selamanya terselindung dibalik muka yang pura-pura suci. Kita sebagai manusia tak boleh 100% percaya apa yang didengar dan selidiklah sebelum mempercayainya.


2) TIMBUL PERGADUHAN DAN PENYESALAN.
Bila tidak mengamalkan Tabayyun, benda yang tak betul pun jadi macam betul bila ramai yang menyokongnya atau viralkan. Cuba bayangkan bila fitnah dah berleluasa dan tersebar luas, orang yang mempercayainya tak puas hati dengan orang yang difitnah, bila dah bergaduh dan mengamuk semua, tiba-tiba dapat tahu orang yang digaduhkan tu langsung tak bersalah? Macam mana rasanya orang yang mempercayai berita palsu tu nak minta maaf balik dekat orang yang dia dah tuduh tu? Macam mana pula saham dosa orang yang membuat fitnah tu? Berganda-ganda tu… Wow! Complicatednya!



3) PUTUS SILATURRAHIM.
Banyak kes TAK MENGAKU KELUARGA sekarang hanya disebabkan Viral-Viral ni. Memang kita cakap macam senang sebab benda tu semua tak berlaku pada keluarga kita. Contohnya kes bergaduh pasal hantaran hari tu. Kita tak tahu yang mana satu pihak yang betul. Sebelah pengantin lelaki menuduh pihak perempuan mata duitan dan pihak perempuan pula menuduh pihak lelaki menipu. Video dah tersebar luas. Kita pengguna social media ni hanya mampu tengok keadaan dan membuat pandangan masing-masing. Tapi tahukah kita apa sebab sebenarnya? Tidak kan?? Yang kita tahu, banyak betul share sana sini. Sampai dalam Whatsapp pun ada. Tahu tak apabila kita menjadi part of “ORANG YANG TUKANG SHARE DAN MEMBUAT CAPTION PELIK2” akan menanggung dosa menfitnah atau menyebarkan aib orang? Si tukang ambil Video tu lah punca segalanya. Kan? Putus silaturrahim akan terjadi apabila keluarga dah malu nak mengaku bahawa yang dalam video tu adalah keluarga mereka sendiri. Malunya.. Sangat tak faham dengan orang yang tukang share benda-benda macam ni. Kesian sangat dekat orang yang menjadi mangsa mulut-mulut puaka orang ramai.


4) PEMINTA SEDEKAH SEBAGAI PEKERJAAN
Korang pernah tengok tak, orang yang minta sedekah untuk anak-anak yatim lah, untuk Gaza lah dan semua tu? Mesti pernah kan? Ada je individu yang tak bertanggung jawab menjadikan meminta sedekah ni sebagai satu pekerjaan. Rakyat Malaysia ni mempunyai hati yang sangat baik dan terkenal dengan sifatnya yang pemurah, ramai yang anggap untuk membuat sedekah padahal duit tu tak sampai pun ke pihak yang kita nak sampaikan tu. Eina sendiri pernah tengok sendiri. Orang yang meminta sedekah tu bayar duit barang elektrik yang dia nak beli untuk rumah dia pakai duit orang sedekah. Banyak kutipan dia tau. Malam pakai baju melayu, siang pakai baju smart! Dasyat kan?? Start dari tu, eina hanya sedekah dekat orang yang betul-betul untuk orang susah dan bukan dengan orang-orang yang meminta-minta ni. Kita kena mengamalkan Tabayyun ni baru kita dapat bersedekah dengan pihak yang sebenarnya dan bukan orang yang pemalas dan hanya tahu meminta ni..



5) MEMINTA PERTOLONGAN KEWANGAN MELALUI VIRAL.
Pernah tengok tak ada yang selalu menjadi VIRAL dan siap tinggalkan nombor account lagi? Kita tahu ke tak dia ni betul-betul susah atau tidak? Kalau betul-betul, tak salah kita nak bersedekah tapi takot kes-kes macam ni pihak tak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mendapatkan simpati dari kita dan dapat duit dari kita untuk tabung sendiri. Kadang-kadang orang yang menviralkan semua ni tak tahu orang yang susah tu sudah pun ditolong oleh pihak BAITULMAL. Orang yang betul-betul memerlukan bantuan boleh memohon dengan BAITULMAL MAIWP sebenarnya. TEKAN SINI


Untuk maklumat lanjut, di FACEBOOK juga ada macam-macam maklumat yang disediakan untuk apa-apa juga mengenai Zakat. TEKAN SINI



Zakat pun ada Youtube taw! Nak Video Informasi tentang Zakat? Boleh TEKAN SINI..

Macam-macam persoalan boleh terjawab kat sini..

Kepada yang menyebarkan fitnah bahawa pihak Zakat tak menjalankan apa yang sepatutnya diberikan untuk orang yang memerlukan, mohon Taubat ye.. Meraka juga tahu apa itu pekerjaan dan Ibadah. Zakat merupakan satu tanggungjawab besar yang digalas oleh mereka dan ia bukan hanya sebagai pekerjaan tapi ia juga merupakan sebuah ibadah yang wajib.



Sebelum menyebarkannya, mohon semua mengamalkan Tabayyun ni terlebih dahulu. Semoga hidup kita terhindar dari fitnah dan semua yang boleh mendatangkan dosa untuk kita.. Check dulu sebelum share okay!!! Jangan main-main dengan butang SHARE tu… Heee…
Anyway, dah bayar zakat belum?? Kepada yang belum tu, eina nak bagi tahu ni, zakat sekarang dah boleh pakai ONLINE taw!! Hee.. So, moh lerrr bayor zakat.. Hehe..
Nak bayar zakat, boleh TEKAN SINI..



#ppzmalaysia
#zakatonline
#zakatwilayah
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia